Saturday, November 28, 2009

ORGANIK SARANG BURUNG LAUT



















MAKANAN KESIHATAN BERUPA SAYUR-SAYURAN

Organik sarang burung laut amat dikenali oleh masyarakat China, Jepun, Taiwan, Hawaii, Britain dan Amerika serta asia sejak ribuan tahun yang lalu. Sebelah barat ia dikenali sebagai Seaweed,Hawaii "Limu", Britian "Purple laver". Bahagian asia timur dipanggil rumpai laut yang amat tinggi khasiatnya yang hampir menyamai sarang burung layang-layang.

Sarang burung laut merupakan 100% tumbuhan semula jadi (Halal) lat berbentuk alga kerana ia tidak memiliki akar, batang dan juga daun. Istilah rumpai pada flora ini, lebih tepat lagi ia di istilahkan sebagai sayur-sayuran. Sarang burung laut ini mempunyai potensi yang besar dan meluas sebagai makanan (vegetarian & diet), perubatan, industri kecantikan dan industri lain.

Ia amat sesuai bagi golongan kanak-kanak, wanita mengandung, wanita putus haid serta pengemar makanan vegetarian.

Selain daripada kesihatan serta kecantikan, ia juga dijadikan sebagai bahan makanan antaranya kek, roti, agar-agar, pembalut sushi, sup, jus salad, tumisan, gelatin, pemanis mulut dan pelbagai lagi.

KHASIAT ORGANIK SARANG BURUNG LAUT

Organik dsarang burung laut mengandungi Nutrien yang sangat tinggi untuk keperluan harian. Ia mengandungi Karbohidrat, Protein Enzim hidup, vitamin 2, Zat besi, Kollagen, Phosphorus, Kalsium, Patassium, Serat tinggi dan mineral semula jadi.

KARBOHIDRAT/PROTEIN/KALSIUM

  • Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh
  • Menguatkan tulang dan sendi
  • Meningkatkan sel rawan dan otot

ENZIM/ KOLLAGEN

  • Mencegah kanser
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan)
  • Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas

SERAT /MINERAL / VITAMIN

  • Memberi kekenyangan (diet)
  • Melancarkan sistem metabolisme
  • Memulihara usus kecil (mengatasi sembelit)
  • Merawat gastrik
  • Anti bakteria / kulat
  • Merawat Anemia
  • Menurukan kolestrol dalam tubuh

CARA PENYEDIAAN

  1. Bersihkan rumpai laut dari kotoran dan sisa-sisa kotoran.
  2. Rendam dalam air, tukar air setiap jam, sehingga rumpai laut tersebut kembang dan lembut.
  3. Tapiskan rumpai laut dari air dan keringkan (untuk mengekalkan kesegaran simpan di dalam peti sejuk).

CONTOH HIDANGAN

  1. SUP - sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan, didihkan dengan air, tambahkan gula batu, kurma merah, halia atau ginseng. Sedia dihidangkan.
  2. TUMISAN / MASAKAN - Sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan , campurkan dalam apa jua jenis perisa kesukaan.
  3. JUS / PENCUCI MULUT - Sediakan rumpai laut yang telah dibersihkan, dikisar dan campurkan dalam apa jua jenis perisa kesukaan (penyediaan boleh dipelbagaikan mengikut kesukaan.

CONTOH RAWATAN KECANTIKAN

  1. MASKER - Mulakan dengan proses 1 dan 2, kemudian dikisar sehingga halus dan sapukan dibahagian muka.